mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN / CELIK IT Q2 2017 (APRIL – JUN)

Nama : Shaharom  Bin A.Hamid

Umur  : 62 Tahun

Ahli     : 2013

 

Latar Belakang

En Shaharom merupakan seorang peniaga kecil-kecilan yang menjual makanan basah dan minuman.Beliau hanya berniaga sekitar kawasan rumahnya sahaja tetapi semua masakan nya sedap dan mendapat sambutan daripada penduduk sekitarnya. 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum beliau menggunakan teknologi ICT dalam perniagaan beliau ,perniagaannya kurang mendapat sambutan di mana pelanggan yang datang pada mulanya datang daripada Kampung Raban sahaja .

 

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Namun, selepas beliau mengetahui tentang teknik pemasaran masa kini, beliau terus mengambil peluang tersebut untuk memajukan lagi perniagaannya. Beliau telah mengikuti kelas yang dijalankan di PI Kg Raban tentang pemasaran secara online. Teknik tersebut sangat menjimatkan masa dan wang kerana premis perniagaan beliau  berdekatan dengan PI jadi tidak sukar bagi untuk mendapatkan perkhidmatan internet dan pembalajaran di PI.

Beliau telah menggunakan medium media sosial Facebook untuk memajukan perniagaannya kerana medium tersebut telah menjadi keperluan bagi setiap masyarakat . Beliau telah mensasarkan untuk meningkatkan pelanggannya, jadi Facebook adalah salah satu medium  untuk mencapai sasaran bagi memperkenalkan perniagaannya dengan lebih meluas. Kini, beliau telah berjaya memperkembangkan perniagaannya. Beliau telah membesarkan lagi premis perniagaan  dan pelanggan datang dari serata Lenggong dan ada yang dari luar kawasan Lenggong .