Nama : Anie Binti Ahmad Nazri
Umur : 32 Tahun
Ahli : 2013
Latar Belakang
Puan Anie merupakan seorang usahawan yang boleh dikatakan sebagai usahawan online dan offline.Beliau banyak melakukan perniagaan atas talian yang banyak melibatkan penggunaan internet. Beliau pada mula nya hanya seorang usahawan secara offline dan tidak langsung melibatkan diri dalam perniagaan online .Beliau banyak menjual produk IKS .
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum ini beliau sememangnya tidak langsung menggunakan internet untuk perniagaannya. Beliau banyak menjual secara tertutup yang melibatkan orang-orang kampung sahaja.
Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI
Namun, selepas mengetahui tentang teknik pemasaran yang boleh mendatangkan lebih keuntungan, beliau banyak belajar di pi1m bagaimana untuk meluaskan perniagaan dan ternyata selepas lebih banyak mempromosi perniagaan secara online. Beliau banyak menggunakan facebook untuk mempromosi produk dan beliau juga telah mendaftarkan diri sebagai agen dropship. Sejak mempromosikan ke dalam facebook ternyata sambutan agak memberangsangkan.