Belajar Menggunakan Microsoft Word
Nama : Muhammad Ikhram Shah bin Mohd Afendi
Umur : 12 Tahun
Ahli : 2019
Latar belakang
Beliau merupakan ahli pusat internet yang sering berkunjung ke Pusat Internet untuk belajar menggunakan komputer. Beliau sering mengikuti kelas dan pertandingan yang dijalankan di pusat internet.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pada awalnya, beliau tidak mahir dan cekap menggunakan komputer kerana jarang menggunakan komputer. Beliau juga tidak mempunyai sebarang media sosial seperti whatsapp dan facebook kerana tidak tahu menggunakannya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah menghadiri beberapa kelas yang dianjurkan, beliau mula belajar mengenai komponen-komponen komputer serta sudah dapat menguasai serba sedikit mengenai penggunaan Microsoft Word dan Microsoft Powerpoint. Selain itu, beliau juga turut berkebolehan menggunakan aplikasi-aplikasi dalam talian untuk penghasilan poster bagi pertandingan -pertandingan yang dianjurkan di pusat internet.