mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN/CELIK IT Q1 2020 (JAN-MAC)

Belajar Menaip dan Mencari Maklumat

Nama   : Mohamad Jazrie Farhan Bin Abd Aziz

Umur    : 17 Tahun

Ahli       : 2016

 

Latar belakang

Beliau merupakan seorang pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Muhibbah, Sungai Siput Perak (Sekolah Seni). Pada tahun ini, beliau akan menduduki peperiksaan SPM. Beliau kerap mengunjungi pusat internet untuk menyiapkan tugasan (assignment) yang sering diberikan oleh pihak sekolah.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum beliau menghadiri kelas komputer yang diadakan di pusat internet, beliau banyak menghabiskan masa menulis skrip dengan menggunakan tangan. Selain itu, sumber rujukan juga amat terhad kerana sepenuhnya bergantung kepada buku rujukan dan hasil perbincangan dengan guru serta rakan-rakannya sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada mulanya beliau tidak mengetahui akan kewujudan pusat internet ini walaupun jarak pusat internet dengan rumah datuknya  hanya beberapa meter sahaja. Selepas mengetahui kewujudan perkhidmatan internet dan kelas yang disediakan, beliau terus mendaftarkan diri sebagai ahli. Setelah mengikuti beberapa kelas yang diadakan, beliau semakin mahir untuk menaip bagi menghasilkan skrip dan kerja kursus yang diberikan. Beliau juga mengatakan tugasan yang diberikan dapat diselesaikan dengan cepat dengan adanya kemudahan internet yang disediakan.