mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN/ CELIK IT Q1 2019 (JAN – MAC)

Nama   : Jamilah binti Abd. Hamid

Umur    : 39 Tahun

Ahli       : 2014

 

Latar belakang

Puan Jamilah adalah salah seorang ahli pusat internet yang selalu datang ke pusat internet untuk belajar asas komputer.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum saya mempelajari kelas-kelas komputer yang di adakan di pusat internet,saya sememangnya tidak tahu menahu langsung mengenai komputer dan juga alatan-alatan komputer. Disebabkan itu, saya teringin untuk belajar komputer untuk kegunaan harian saya dan menyenangkan saya untuk melakukan kerja berkaitan komputer.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada mulanya saya tidak tahu akan kewujudan pusat internet ini selepas itu saya tahu daripada anak sedara saya dan saya terus ke pusat internet untuk mendaftar sebagai ahli pusat internet dan mengikuti kelas yang diadakan. Selepas saya mengikuti kelas ini saya semakin mahir melakukan kerja-kerja yang menggunakan komputer terutamanya kerja berkaitan menaip atau Microsoft Word.