mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN/ KEUSAHAWANAN Q1 2019 (JAN – MAC)

Nama   : Mohamad Aznan bin Harun

Umur    : 34 Tahun

Ahli       : 2014

 

Latar belakang

En Aznan merupakan seorang usahawan belia di Kampung Raban yang membuka kiosk jualan burger. Beliau juga turut menjalankan perkhidmatan DJ untuk sebarang majlis di sekitar kampung raban dan juga di luar kawasan kampung raban. Pada mulanya beliau hanya menjual burger sahaja yang beroperasi di hadapan rumah beliau sahaja dan penjualan burger ini secara kecil-kecilan dan pelanggannya hanya daripada komuniti kampung setempat sahaja .

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum saya menggunakan teknologi ICT dalam perniagaan saya, perniagaan saya kurang mendapat sambutan di mana pelanggan yang datang pada mulanya datang daripada Kampung Raban sahaja .

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Namun, selepas saya mengetahui tentang teknik pemasaran masa kini, saya terus mengambil peluang tersebut untuk memajukan lagi perniagaan saya. Saya telah mengikuti kelas yang dijalankan di Pusat Internet Kg Raban tentang pemasaran secara online. Teknik tersebut sangat menjimatkan masa dan wang kerana premis perniagaan saya berdekatan dengan PI jadi tidak sukar bagi saya untuk mendapatkan perkhidmatan internet dan pembalajaran di PI.