Nama : Nur Syakiera binti Saaidi
Umur : 22 Tahun
Ahli : 2014
Latar belakang
Cik Syakiera merupakan belia aktif kg raban yang sentiasa mengikuti setiap program yang diadakan di PI ataupun di kampung.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum ini susah bagi saya untuk melakukan aktiviti yang berunsurkan ict kerana saya sememangnya kurang mahir dalam penggunaan ict ini. Ini menjadi masalah bagi saya untuk melakukan aktiviti.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah adanya PI dikawasan penempatan kami, saya dapat menyiapkan segala urusan dengan lebih sistematik dan efisien. Kemudahan seperti komputer dan internet sangat membantu urusan seharian saya. Pada mulanya saya hanya mengikuti kursus MS Office Word yang telah dianjurkan oleh PI. Saya ikuti kelas ini secara suka-suka sahaja.Lama kelamaan saya terus mengikuti kelas sehingga modul yang terakhir dan banyak fungsi dalam Microsoft word yang saya tidak tahu sebelum ini saya tahu serba sedikit. Selain itu saya ada mengikuti kelas Adobe Photoshop yang diadakan dan sampai sekarang saya masih belajar kelas Adobe Photoshop ini.