Nama : Affa Danish bin Azman
Umur : 16 Tahun
Ahli : 2016
Latar belakang
Adik Affa Danish merupakan ahli bagi pusat internet dari tahun 2016 dan merupakan ahli aktif dan sering datang ke pusat internet untuk menghadiri setiap kelas yang dianjurkan
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum saya mempelajari kelas-kelas komputer yang di adakan di pusat internet, saya sememangnya tidak tahu menahu langsung mengenai komputer dan juga alatan-alatan komputer. Disebabkan itu.saya teringin untuk belajar komputer untuk kegunaan tugas kerja sekolah saya yang sering memerlukan internet untuk bahan rujukan selain menyenangkan saya untuk melakukan kerja berkaitan komputer.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas saya menghadiri kelas-kelas yang dianjurkan di sini, saya semakin mahir dalam menggunakan komputer terutama sekali untuk kerja kursus saya. Hal ini juga memudahkan saya dalam menyiapkan kerja sekolah selain dapat membantu tugas-tugas lain yang melibatkan komputer.