mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN/ KEUSAHAWANAN Q3 2018 (JULAI – SEPT)

Nama   : Norashiken binti Abdul Aziz

Umur    : 38 Tahun

Ahli       : 2015

 

Latar belakang

Puan Norashiken merupakan seorang usahawan yang menjual pelbagai jenis bentuk produk. Antara produk nya adalah kain batik. Kain batik beliau mendapat sambutan di kalangan wanita-wanita di sekitar kampung dan luar kawasan kampung beliau. Beliau menjalankan bisnes sejak 8 tahun yang lalu yang mulanya secara kecil-kecilan sekitar kampung tetapi sekarang bisnes beliau telah berkembang sehingga ke Selangor, Kuala Lumpur dan juga Kelantan. 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini beliau hanya menjual produk beliau di kawasan setempat dan hanya menghantar sendiri kain batik beliau kepada pelanggan. Ini memakan masa yang lama untuk beliau mengumpul pesanan pelanggan untuk di hantar.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Penggunaan ICT yang sering saya gunakan untuk produk saya adalah banyak saya menggunakan penggunakan facebook ini kerana facebook adalah salah satu cara saya mempromosi atau mengiklankan produk saya. Sehingga harini kebanyakkan pelanggan saya banyak membeli produk saya menggunakan perkhidmatan facebook. hal ini juga memudahkan urusan saya. Selain itu saya juga ada mempelajari cara untuk membuat flyers untuk produk saya. Dari PI saya mempelajari cara untuk membuat semua ini.