Terdapat ramai usahawan disekitar komuniti setempat yang giat menjalankan perniagaan mereka dari perusahaan kecil-kecilan mahupun secara besar-besaran. Mereka menggunakan pelbagai cara bagi meningkatkan jualan dan pendapatan mereka . Pusat Internet Kg. Raban menjalankan pelbagai kelas untuk membantu usahawan tempatan mempromosikan produk mereka secara lebih meluas, tidak hanya membantu dalam mempromosikan produk malah turut menjalankan kelas untuk memantapkan lagi pengurusan perniagaan supaya lebih sistematik .