mcmc
Laporan Aktiviti

Kelas Powerpoint Untuk Pelajar Tahun 5

Tarikh    : 4 Disember 2017

Masa     : 3.00 petang- 5.00 petang

Tempat  : Pusat Internet Kg. Raban

Peserta : Ahli Pusat Internet Kg. Raban

 

Tujuan   :

Memberi pendedahan kepada peserta tentang Ms. Powerpoint

 

Aktiviti   :

Kelas Powerpoint untuk pelajar tahun 5. Kelas ini memberi pendedahan kepada para pelajar memandangkan terdapat pelajar yang tidak pernah menggunakan aplikasi ini. Pelajar diajar cara untuk membuat lembaran (slide) seterusnya kepada penggunaan tulisan, saiz tulisan, warna tulisan dan cara untuk memperbesar atau mengecilkan tulisan yang digunakan. Selain itu, cara memasukkan gambar juga turut diterangkan kepada pelajar. Seterusnya mereka diberi peluang untuk menghasilkan sendiri powerpoint yang diberi tajuk ” Tentang Diri Saya”. Hasil daripada pemerhatian, terdapat pelajar yang semakin mahir menggunakan aplikasi tersebut.

GAMBAR AKTIVITI