|
Tujuan :
Memberikan pendedahan asas kepada pelajar cara menggerakkan tetikus selain memberi peluang kepada mereka untuk menggunakan tetikus dengan cara yang betul.
Aktiviti :
Pelajar yang hadir telah diminta untuk duduk di komputer masing-masing. Setiap pelajar diminta untuk mewarnakan lukisan yang telah disediakan secara online. Pelajar hanya perlu mengambil mewarna yang disukai untuk mewarna lukisan mereka. Aplikasi yang digunakan ialah coloring4all. Setelah selesai aktiviti tersebut, pelajar telah ditayangkan dengan video kegemaran mereka iaitu Didi & Friends.