mcmc
Laporan Aktiviti

Kelas E-Learning Mengenal ABC Tabika Kemas Kg. Raban

Tarikh  : 25 Oktober 2018
Masa  : 10.00 Pagi- 12.00 Tengahari
Lokasi  : Pusat Internet Kg. Raban
Peserta  : Pelajar Tabika  Kemas  Kg. Raban

 

 

Tujuan : 

Memberikan pendedahan kepada pelajar asas mengenal huruf abjad dan mengira nombor-nombor bulat dengan cara yang mudah. 

 

Aktiviti :

Pelajar diminta untuk menyelesaikan aktiviti puzzle bagi huruf abjad. Puzzle tersebut mengandungi huruf abjad dan gambar yang disusun secara terbalik. Pelajar diminta untuk menyusun semula gambar tersebut mengikut abjad yang telah diberikan. Setelah itu, pelajar diminta pula untuk mengira nombor bulat asas. Pelajar diberi masa selama 1 jam untuk menyelesaikan kedua-dua aktiviti tersebut. Pelajar yang dapat menghabiskan kedua-dua aktiviti ini diberikan cenderahati. Aktiviti ini menggunakan aplikasi ABCya!

 

GAMBAR AKTIVITI