Tarikh : 8 Disember 2017 Masa : 3.00 Petang- 5.00 Petang Tempat : Pusat Internet Kg. Raban Peserta : Ahli Pusat Internet Kg. Raban |
Tujuan :
Memberi pendedahan kepada peserta tentang Ms. Excel.
Aktiviti :
Kelas asas excel diadakan bertujuan untuk memberi pelajaran asas mengenai microsoft excel. Para pelajar telah diajar cara membuat bingkai (frame) terlebih dahulu dengan cara mengubah saiz ‘column’ dan juga ‘row’. Setelah itu, pelajar diminta untuk menggunakan ‘fill colour’ untuk mewarnakan bingkai yang dihasilkan. Setelah bingkai siap, pelajar diminta untuk menggunakan ‘fill colour’ bagi membentuk tulisan khat yang dikehendaki. Pelajar bebas untuk menggunakan pelbagai pilihan warna untuk tulisan khat tersebut.