|
Tujuan :
Memberikan pendedahan kepada komuniti dalam menyampaikan berita yang sebenarnya selain mempromosikan portal Sebenarnya.my.
Aktiviti :
Jelajah karnival Sebenarnya.my yang dianjurkan oleh SKMM dengan kerjasama oleh PI1m Kluster Hulu Perak telah diadakan di Dewan Terbuka Felda Bersia Gerik. Karnival ini telah menampilkan Tn. Hj Hushim Bin Hj. Salleh dalam menyampaikan slot ceramah bertajuk: “Berita Palsu Musuh Negara”. Selain itu, terdapat aktiviti servis motor secara percuma oleh GiatMARA Gerik, persembahan daripada kumpulan Buskers, kenduri rakyat dan cabutan nombor bertuah. Pengunjung yang hadir juga turut diberikan minyak masak secara percuma.