Kawasan rekreasi ini terletak kira-kira 2.4 km daripada Pusat Internet Kg Raban, yang menjadi tumpuan pelancong datang dari dalam dan luar negara. Hutan ini menyajikan keindahan hutan alam semula jadi daripada tumbuh-tumbuhan dan aliran air terjun yang mendamaikan. Air terjun yang menjadi tarikan utama disini yang bebas daripada pencemaran sejuk dan dingin sangat menggamit suasana tenang dan damai kepada pengunjung.
Disamping itu, turut terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan untuk kemudahan pengunjung, antaranya pondok-pondok berehat, kawasan berkhemah, tandas dan tempat mandi dan surau. Tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke hutan rekreasi ini. Pengunjung turut dapat menjalankan pelbagai aktiviti lain seperti “Jungle Tracking” namun harus mendapat kebenaran daripada pihak Jabatan Hutan Perak. Hal ini kerana melibatkan keselamatan diri pengunjung.