Tarikh: 21 September 2017
Masa: 8.30 Pagi- 5.00 Petang
Tempat: Pusat Internet 1Malaysia Kg. Raban
Pusat Internet 1Malaysia Kg. Raban telah mengadakan program Hari Dashboard Komuniti untuk komuniti setempat. Tujuan pelaksanaan program ini adalah untuk memperkenalkan dashboard komuniti kepada komuniti setempat. Untuk program kali ini, pihak Pusat Internet telah menjemput pihak KOSPEN cawangan Kuak untuk sama-sama memeriahkan majlis dengan menawarkan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada ahli-ahli pi1m yang hadir pada program itu. Selain itu, turut diadakan juga pertandingan jigsaw puzzle dashboard komuniti untuk pelajar sekolah tabika kemas Pengkalan Ikan, Kuak. Untuk belia, pertandingan menaip pantas serta diselitkan juga slot penerangan dashboard komuniti. Ahli-ahli yang hadir juga turut diminta untuk memuat turun aplikasi dashboard komuniti di telefon pintar (smartphone) masing-masing. Program berakhir pada pukul 5 petang.