mcmc
Laporan Aktiviti

Hari Bersama Komuniti 2018

Tarikh        : 23 April 2018
Masa  : 7.30 Pagi-1.30 Petang
Lokasi  : Pusat Internet Lenggong
Peserta  : 208 orang Ahli Pusat Internet Kg. Raban

 

 

Tujuan :

Mempromosikan portal Sebenarnya.my, Aplikasi Check Your Label dan Dashboard Komuniti. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan penggunaan ICT di kalangan komuniti setempat.

 

Aktiviti :

Seramai 208 orang pengunjung telah hadir memeriahkan program Hari Bersama Komuniti. Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Daerah Lenggong ini telah dijalankan gabungan daripada 3 pusat internet iaitu Pusat Internet  LenggongPusat Internet Kg Raban, dan Pusat Internet Felda Lawin Selatan. Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti Paste Our Flag, Alphabet Match, Jaguh Youtube, Pertandingan Quizizz,Menaip Pantas dan pemeriksaan kesihatan percuma. Beberapa usahawan turut serta membuka gerai jualan mereka sepanjang program berlangsung. Hadiah untuk aktiviti dan hadiah cabutan bertuah turut disediakan bagi pengunjung yang hadir pada hari tersebut.

 

GAMBAR AKTIVITI