|
Tujuan :
Kuiz ini dijalankan bertujuan untuk menambahkan lagi pengetahuan para pelajar mengenai komponen komputer. Selain itu diselitkan juga kuiz mengenai bendera negeri-negeri yang terdapat di Malaysia.
Aktiviti :
Pelajar diminta untuk menjawab soalan-soalan yang telah diberikan secara online mengenai komponen komputer dan bendera negeri-negeri di Malaysia. Pelajar hanya perlu menjawab dengan betul berdasarkan pilihan jawapan yang telah diberikan. Setiap pelajar yang dapat menjawab dengan pantas dan betul akan diberikan markah. Markah yang terkumpul dapat dilihat setelah kesemua soalan kuiz telah dijawab. Aktiviti kuiz ini menggunakan aplikasi Triventy.
