Pesta Makanan Tradisonal Lenggong
Pesta makanan yang diadakan di Dataran Lenggong dihadiri seramai lebih kurang 5,000 pengunjung yang datang tidak hanya daripada Daerah Lenggong , malah Menteri Besar Perak , YAB Dato’ Seri DiRaja Dr Zambry Abdul Kadir turut hadir menyempurnakan acara ini.
Pesta makanan ini bertujuan untuk memperkenalkan makanan tradisional yang ada di Lenggong . Terdapat pelbagai jenis hidangan yang disediakan dari juadah sarapan pagi, lauk pauk juadah makanan tengah hari ,dan juga juadah pencuci mulut yang dimasak sendiri oleh penduduk di daerah Lenggong yang masih mementingkan citarasa asli dan tradisional.
Sebanyak 25 jenis masakan tradisional Lenggong, 300 jenis sambal belacan dan lebih 30,000 kuih muih daripada 15 jenis dihidangkan kepada orang ramai.