mcmc
Persatuan Wanita

Bengkel Mengayam Tudung Saji

Kelas dijalankan untuk  menambah kemahiran komuniti wanita setempat  dalam mengayam sendiri tudung saji menggunakan daun mengkuang  yang banyak digunakan dalam membuat tikar dan kraftangan lain. Mereka diberi semua kelengkapan dan alatan mengayam dan turut dibantu oleh tenaga pengajar yang berpengalaman dalam membuat tudung saji menggunakan daun mengkuang.

Aktiviti ini tidak hanya menambah kemahiran komuniti setempat malah mereka boleh jadikan kemahiran ini  untuk menambah pendapatan dengan menjual tudung saji dan pelbagai kraftangan lain yang boleh dihasilkan menggunakan daun mengkuang.