mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti September 2025: Program Khas Merdeka @ NADI Kg. Raban

Tarikh: 7 September 2025
Masa: 10.00 Pagi-4.00 Petang
Tempat: NADI Kg. Raban
Peserta: Komuniti Kg. Raban dan Kg. Kuak

Tujuan :

Tujuan diadakan Program Khas Merdeka ialah untuk memupuk semangat patriotisme, menghargai pengorbanan pejuang kemerdekaan, mengukuhkan perpaduan rakyat, serta menyemai rasa cintakan negara dalam kalangan masyarakat.

Aktiviti :

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program berlangsung antaranya tayangan siaran ulangan sambutan kemerdekaan pada 31 ogos yang lalu berserta tayangan secara langsung bersama YBM Fahmi Fadzil. Selain itu, diadakan juga pertandingan mewarna di kalangan kanak-kanak, pemeriksaan kesihatan secara percuma, pertandingan kuiz kemerdekaan dikalangan ibubapa serta pertandingan memasak bertemakan kemerdekaan. Pada sebelah petang, turut diadakan pertandingan Mobile Legend dikalangan belia.

GAMBAR AKTIVITI