Tarikh | : 8 Julai 2025 |
Masa | : 8.30 Pagi- 1.00 Petang |
Tempat | : NADI Kampung Raban |
Peserta | : Pelajar Akademi Darul Turath Al-Hajari Lenggong |
Tujuan :
Program ini adalah bagi memberi pendedahan terhadap jenayah siber dan memberi ilmu asas teknologi dan multimedia kepada pelajar pondok agar tidak ketinggalan dalam arus terkini media sosial.
Aktiviti :
Aktiviti dimulai dengan penerangan mengenai KIS (Kempen Internet Selamat) serta kesan-kesan oleh petugas NADI Kampung Raban. Selain itu, petugas juga memberi sedikit taklimat serta tunjuk ajar mengenai aplikasi canva yang boleh diguna oleh peserta untuk membuat pelbagai jenis reka bentuk samada poster, kad, banting dan sebagainya. Peserta juga turut ditugaskan untuk menghasilkan sebuah poster yang bertemakan sebuah aktiviti yang akan dijalankan di pondok. Peserta yang berjaya menghasilkan poster yang cantik dan memenuhi kriteria dipilih sebagai pemenang. Pihak yayasan juga turut memberi sedikit ucapan sebagai majlis penutup. Program berakhir dengan pemberian cenderahati kepada peserta program.