Tarikh : 4 Disember 2017 Masa : 3.00 petang- 5.00 petang Tempat : Pusat Internet Kg. Raban Peserta : Ahli Pusat Internet Kg. Raban |
Tujuan :
Memberi pendedahan kepada peserta tentang Ms. Powerpoint
Aktiviti :
Kelas Powerpoint untuk pelajar tahun 5. Kelas ini memberi pendedahan kepada para pelajar memandangkan terdapat pelajar yang tidak pernah menggunakan aplikasi ini. Pelajar diajar cara untuk membuat lembaran (slide) seterusnya kepada penggunaan tulisan, saiz tulisan, warna tulisan dan cara untuk memperbesar atau mengecilkan tulisan yang digunakan. Selain itu, cara memasukkan gambar juga turut diterangkan kepada pelajar. Seterusnya mereka diberi peluang untuk menghasilkan sendiri powerpoint yang diberi tajuk ” Tentang Diri Saya”. Hasil daripada pemerhatian, terdapat pelajar yang semakin mahir menggunakan aplikasi tersebut.