mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN / CELIK IT Q4 2021 (OKT – DIS)

Belajar Menggunakan Microsoft Word dan Microsoft Powerpoint

Nama   :  Muhamad Arif Danial Bin Shaharom

Umur    : 11 Tahun

Ahli       : 2019

 

Latar belakang

Beliau merupakan ahli pusat internet yang sering berkunjung ke Pusat Internet untuk belajar menggunakan komputer. Beliau  sering mengikuti kelas dan pertandingan  yang dijalankan di pusat internet.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada awalnya, beliau tidak mahir dan cekap menggunakan komputer kerana jarang menggunakan komputer. Beliau juga tidak mempunyai sebarang media sosial seperti whatsapp dan facebook kerana tidak tahu menggunakannya.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah menghadiri beberapa kelas yang dianjurkan, beliau mula belajar mengenai komponen-komponen komputer serta sudah dapat menguasai serba sedikit mengenai penggunaan Microsoft Word dan Microsoft Powerpoint. Selain itu, beliau juga turut berkebolehan menggunakan aplikasi-aplikasi dalam talian untuk penghasilan poster bagi pertandingan -pertandingan yang dianjurkan di pusat internet. Selain itu, beliau juga kerap mengikuti kelas-kelas secara dalam talian yang dianjurkan oleh pihak pusat internet.