Menjalankan Perniagaan Menjual Aiskrim Malaysia
Nama : Nurul Izzati Binti Md. Mustafa
Umur : 31 Tahun
Ahli : 2015
Latar Belakang
Puan Izzati merupakan seorang ahli pusat internet dari tahun 2015 dan beliau merupakan seorang pengusaha pakej pelancongan untuk sewaan bot di Tasik Raban. Selain itu, beliau juga turut menjalankan perniagaan menjual ais krim malaysia.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pada awal pembabitan beliau, penjualan ais krim Malaysia adalah sekadar untuk mengisi masa terluang. Beliau banyak menerima tempahan untuk majlis sambutan hari lahir dan majlis secara kecil-kecilan. Lama kelamaan, beliau mendapati jualan ais krim malaysia semakin mendapat tempat di kalangan penduduk sekitar dan kawasan Lenggong. Beliau banyak mempromosi jualannya secara luar talian.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Namun, selepas menghadiri beberapa kelas yang dianjurkan oleh pihak pusat internet dan belajar cara-cara untuk memperbesarkan lagi perniagaan, beliau telah mendapat teknik pemasaran yang sangatlah menjimatkan masa dan wang. Beliau telah menggunakan medium media sosial seperti Facebook untuk memajukan perniagaannya kerana medium tersebut telah menjadi keperluan bagi setiap masyarakat. Selain daripada medium Facebook, beliau juga turut memasarkan ais krim Malaysia di whatsapp group niaga.