mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN / CELIK IT Q2 2021 (APR – JUN)

Belajar Menggunakan Microsoft Word 

Nama   :  Muhammad Sulaiman Bin Saaidi

Umur    : 15 Tahun

Ahli       : 2013

 

Latar belakang

Beliau merupakan ahli pusat internet yang sering berkunjung ke Pusat Internet untuk belajar menggunakan komputer. Beliau  sering mengikuti kelas dan pertandingan  yang dijalankan di pusat internet.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada awalnya, beliau tidak mahir dan cekap menggunakan komputer kerana jarang menggunakan komputer. Beliau juga tidak mempunyai sebarang media sosial seperti whatsapp dan facebook kerana tidak tahu menggunakannya.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah menghadiri beberapa kelas yang dianjurkan, beliau mula belajar mengenai komponen-komponen komputer serta sudah dapat menguasai serba sedikit mengenai penggunaan Microsoft Word dan Microsoft Powerpoint. Selain itu, beliau juga turut berkebolehan menggunakan aplikasi-aplikasi dalam talian untuk penghasilan poster bagi pertandingan -pertandingan yang dianjurkan di pusat internet.