Belajar Menggunakan Microsoft Excel Untuk Membuat Invois Jualan
Nama : Noor Izzati Binti Ahmad Mazni
Umur : 32 Tahun
Ahli : 2020
Latar belakang
Puan Izzati merupakan seorang usahawan yang berjaya di Kampung Kuak. Beliau menjalankan perniagaan bersama ibu dan suaminya. Selain menjalankan perniagaan katering, beliau turut mengusahakan perniagaan di kantin pejabat kerajaan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pada awalnya, beliau tidak pernah mengunjungi pusat internet kerana jarak dari rumah yang agak jauh. Selain itu, beliau lebih sering mengunjungi kedai komputer untuk mencetak invois tempahan pelanggan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah menghadiri beberapa kelas yang dianjurkan, beliau terus mendaftarkan diri sebagai ahli pusat internet. Selain itu, dengan kemudahan mesin pencetak yang terdapat di pusat internet memudahkan beliau untuk mencetak invois tempahan pelanggan. Beliau juga turut menggunakan perkhidmatan internet yang disediakan untuk mempromosikan perniagaan yang dijalankan.