mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN / KEUSAHAWANAN Q1 2021 (JANUARI- MAC)

Menjalankan Perniagaan Menjual Teluk Asin Buatan Sendiri

Nama   : Norafizah binti Arbain

Umur    : 30 Tahun

Ahli       : 2020

 

Latar Belakang

Saudari Norafizah merupakan seorang ahli pusat internet dari tahun 2020 dan beliau  sering berkunjung ke Pusat Internet untuk menyertai pelbagai program atau kelas yang dijalankan di Pusat Internet. Beliau juga bergiat aktif dalam aktiviti belia di Kampung Raban. Sekarang beliau mula berjinak -jinak dalam bidang penternakan itik dan penjualan hasil telur itik yang dijadikan telur asin. 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum beliau menggunakan teknologi ICT dalam mempromosikan  perniagaan teluar asin, beliau lebih tertumpu menjual produk tersebut secara luar talian kepada rakan terdekat dan penduduk Kg. Raban sahaja. 

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Namun, selepas menghadiri beberapa  kelas yang dianjurkan oleh pihak pusat internet dan belajar cara-cara untuk memperbesarkan lagi perniagaan, beliau telah mendapat teknik pemasaran  yang  sangatlah menjimatkan masa dan wang. Beliau telah menggunakan medium media sosial  seperti Facebook untuk memajukan perniagaannya kerana medium tersebut telah menjadi keperluan bagi setiap masyarakat. Selain daripada medium Facebook, beliau juga turut memasarkan telur asin di whatsapp group niaga.