|
Tujuan :
Mempelajari cara-cara untuk mempromosikan barangan atau produk usahawan secara dalam talian shopee.
Aktiviti :
Seramai 10 orang peserta yang terdiri daripada usahawan belia Kg. Raban dan kawasan sekitar telah menghadiri kelas usahawan baru online. Peserta telah diajar mengenai teknik-teknik yang boleh digunakan untuk mempromosikan jualan mereka di aplikasi shopee. Peserta juga diajar cara untuk mendaftar dan seterusnya memasukkan gambar jualan ke dalam kedai online shopee masing-masing. Setelah itu, peserta diajar cara untuk menggunakan alat bantuan promosi yang terdapat dalam pusat pemasaran shopee. Tujuannya adalah untuk membantu para peniaga mempromosikan produk jualan mereka dengan lebih mudah dan cepat. Disamping itu, terdapat juga sesi Q&A untuk para peserta lebih faham dengan lebih jelas. Kelas tamat pada pukul 1 petang.
