Makanan

Restoran Teringat Lenggong (Masakan Kampung Setalam RM 20)

 

Restoran Teringat Lenggong yang terletak di Tasik Raban , menjadi tumpuan orang ramai kerana menyajikan makanan nasi berlauk tradisional kampung . Bukan hanya lauk yang bercirikan kampung malah cara lauk dihidang turut menitik beratkan cara kampung dengan menggunakan dulang. Antara lauk yang dihidangkan didalam pakej seperti diatas adalah ikan bakar balut daun pisang, sambal belacan bersama ulam-ulaman, pecal, masak lemak ikan sungai dan juga kerabu . 

Waktu Operasi:

Setiap Hari (7.00 pagi – 3.00 petang)

 

Alamat Restoran:

Kawasan Rehat & Rawat Tasek Raban,

Kampung Kuala Chegar,

33400 Lenggong, Perak.