Tarikh : 13 Februari 2017
Masa : 10.30 Pagi Hingga 11.30 Pagi
Seramai 71 orang pelajar sekolah menengah Tahfiz Lenggong dan guru-guru telah terlibat dengan Program Klik Dengan Bijak anjuran PI1M Kg Raban dan PI1M Lenggong.Program ini adalah untuk memberi kesedaran tentang penting nya penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab. Pelatih telah diberikan taklimat tentang KDB seperti penggunaan internet secara berhemah, tips keselamatan internet, dan jenayah siber. Program ini juga diselitkan dengan kuiz-kuiz berkaitan KDB.