|
Tujuan :
Mendedahkan kepada golongan wanita terutamanya belia tentang penjagaan muka yang betul dengan menggunakan Produk MARY KAY. Penjagaan muka yang betul bukan sahaja dapat menyingkirkan kotoran yang menjadi penyebab utama terhadap pertumbuhan jerawat malah dapat menyerlahkan lagi keserian dan kecantikkan kulit muka.
Aktiviti :
Seramai 8 orang peserta yang terdiri daripada golongan belia Kg. Raban menyertai kelas yang diadakan. Kelas ini telah dikendali oleh Sales Director Mary Kay iaitu Puan Nurul Hazila Md Nasir dari Taiping,Perak untuk berkongsi kebaikan dan kelebihan produk tersebut kepada wajah melalui tutorial youtube . Beliau juga turut menerangkan cara penggunaan dan kebaikan setiap produk yang digunakan oleh peserta. Selain itu, peserta juga turut diberikan ujian jenis kulit secara percuma oleh Puan Nurul. Peserta dapat mengetahui jenis kulit dan seterusnya dapat mencari produk yang sesuai untuk kulit mereka. Peserta diberi peluang untuk mencuba setiap jenis produk yang dibawa bersesuaian dengan jenis kulit mereka.
