Tarikh: 10 Ogos 2016
Masa: 8.00 Pagi Hingga 9.00 Pagi
Memberi kesedaran tentang penting nya penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab. Seramai 371 orang pelajar dan 15 orang guru terlibat dalam program ini,Program Klik Dengan Bijak (KDB) ini telah dijalankan oleh PI1M Lenggong, PI1M Kg Raban, dan PI1M Gerik. Pelajar dan guru telah diberikan taklimat tentang KDB seperti penggunaan internet secara berhemah, tips keselamatan internet, dan jenayah siber. Program ini juga diselitkan dengan kuiz-kuiz berkaitan KDB.