Pusat Internet 1Malaysia Kg Raban terletak di Kampung Raban didalam daerah Lenggong berdekatan dengan Dewan Orang Ramai Kg Raban. Mula beroperasi pada Disember 2013 , salah satu tempat yang menjadi pilihan penduduk untuk mendapatkan perkhidmatan internet berikutan tiada lagi pusat perkhidmatan yang menyediakan perkhidmatan seumpama.
Bermula dengan seramai 79 orang ahli pada awal tahun permulaan dan kemudian semakin meningkat dari semasa ke semasa selari dengan penambahan dan penaiktaraf yang dilakukan supaya dapat memberi perkhidmatan yang lebih efesien pada koumuniti tempatan yang terletak di kawasan luar bandar.