|
Tujuan :
Menggalakkan golongan belia, surirumah dan golongan dewasa untuk membaca Al-Quran di bulan Ramadhan. Selain itu, program ini juga dapat menambahkan keberkatan dengan membaca, mentafsir dan tadabbur Al-Quran.
Aktiviti :
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengurus Pusat Internet Kg. Raban kepada beliawanis yang hadir untuk World QuranHour pada hari tersebut. Setelah itu, majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah diikuti dengan bacaan surah AL-Hujurat dan surah Yasin. Selain itu dibacakan juga tafsir bagi surah- surah tersebut.