Pelancongan & Tempat Bersejarah

Galeri Arkeologi Lembah Lenggong

 

Galeri Arkeologi Lembah Lenggong yang terletak di kawasan bekas ladang kelapa sawit di Kampung Kota Tampan, Lenggong. Kawasan galeri ini seluas 8.16 ekar yang lengkap dengan pelbagai peralatan dan kemudahan antaranya Galeri Pameran, Pejabat, Bilik Audio Visual, Bilik Mesyuarat dan Bilik Penyelidikan. Galeri Arkeologi Lenggong ditubuhkan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti di bawah Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan dibina pada tahun 1999 dan siap pada tahun 2000, dan pada tahun 2001 telah dibuka untuk kunjungan awam dengan menyediakan pameran sementara. Di Galeri Arkeologi pengunjung tidak hanya mendapat maklumat teori tentang sejarah yang terdapat disekitar lembah Lenggong, malah boleh melihat artifak , cara hidup manusia pada zaman itu.

 

Pameran yang terdapat di galeri utama Galeri ini terbahagi kepada beberapa kategori iaitu:-

1. Pengenalan

2. Arkeologi

3. Teknologi

4. Paleolitik

5. Gua Gunung Runtuh (Perak Man)

6. Gua Teluk Kelawar

7. Gua Harimau

8. Lukisan Gua

9. Orang Asli

10. Tapak Sezaman Lenggong

 

Hari & Masa Lawatan

* Isnin – Ahad :Jam 9.00 pagi – 5.00 ptg

* Jumaat : Jam 9.00 pagi – 12.00 tengahari Jam 3.00 ptg. – 5.00 ptg

* Bayaran Masuk Percuma

 

Sebarang Pertanyaan , sila hubungi :-

Pn. Nur Aidah Pirus

Tel: 05-7679700 Faks: 05-7679703

Penolong Kurator Alamat Galeri Arkeologi Lenggong,

Jabatan Warisan Negara, Kota Tampan Lenggong,

33400 Perak Darul Ridzuan.